﷽
اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Salam Ramadhan Al-Mubarak..
Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan salam ramadhan kepada semua muslimin & muslimat, keluarga, kawan dan sesiapa sahaja yang mengenali keluarga En.Teddy (My Grandpa). Semoga Ramadhan kali ini disambut dgn penuh keinsafan dan jangan lupa tingkatkan ibadat kita di bulan yg mulia ini.. Semoga segala doa dan ibadat kita diterima Allah S.W.T..
Amin..
Pengertian PUASA :
Menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang
boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta
niat Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan
Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut :
"Wahai
orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana
diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu
bertakwa"
Hadis daripada
Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda;
Islam itu dibina atas lima perkara,
bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah,
mendirikan sembahyang, membayar zakat,
menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan
(Riwayat Bukhari dan Muslim)