Showing posts with label IslamituIndah. Show all posts
Showing posts with label IslamituIndah. Show all posts

Sunday, February 15, 2015

Doaku Hari ini

Ya ALLAH,
Maafkanlah semua kesalahan
yang telah aku lakukan,
Aku Memilih untuk bahagia..
dengan rasa syukur kepadaMu.

Ya Allah,
Terima kasih atas kehidupanku hari ini,
untuk nafasku dan rezekiku
yang Engkau limpahkan kepadaku.
Aku mohon diberi ketenangan dan hidayahMu..

Ya Rabb..
Anugerahkan kepadaku,
Hati yang tak pernah membenci,
Sentuhan yang tak pernah menyakiti,
Jiwa yang tak pernah gelisah,
Tangan yang tak pernah berhenti berbagi,
Senyuman yang tak pernah pudar,
Kasih Sayang yang tak pernah putus,
dan
Cinta tulus yang tak pernah berakhir.

Jagalah hatiku
Agar aku boleh menyayangi
dan
membantu mereka yang memerlukan aku.
Limpahkanlah rezeki dan kasih sayang
untukku, keluargaku, sahabat ku,
dan insan tersayang.

Ya Allah,
Jauhkan aku dari sifat iri, dengki dan sombong.
Jauhkan aku dari perasaan sedih dan gelisah.
Jauhkan aku dari kelemahan dan kemalasan.

Ya Allah,
Jadikan permulaan hari ini dengan penuh kebaikan,
pertengahannya membawa kejayaan
dan
bahagian akhirnya sesuatu keberuntungan.

Ya Allah,
Jadikan awalnya Rahmat,
Pertengahannya Nikmat dan
Penghujungnya penuh Berkat.



Amin Ya Rabb..

  

Saturday, February 7, 2015

Usrah dan Sejarahnya

Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ( yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.
Manakala dari segi istilahnya pula, usrah  bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).
Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.
Jelaslah di sini bahawa ‘usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong  apabila ada ahli yang  ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik. Dengan ini ia dapat meningkatkan mutu ukhuwah atau persaudaraan antara pelajar, pensyarah, kakitangan akademik dan pentadbiran serta semua warga Unisel.
Justeru itu, Unit Usrah Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Sistem Tabiyyah Usrah sebagai satu program (subjek) yang wajib diambil oleh semua Mahasiswa Muslim  (Islam) di Unisel. Ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada mereka konsep dakwah  dalam pembentukan diri sepertimana yang diajar oleh baginda Rasulullah s.a.w kepada umatnya kini.
Objektif
  1. Melahirkan Mahasiswa yang beriman, bertaqwa, berjiwa murni berlandaskan panduan al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Mempertingkatkan bakat kepimpinan mahasiswa menerusi penglibatan mereka dalam organisasi dan pengurusan bagi melahirkan insan yang berjiwa kental dalam menempuhi cabaran hidup.
  3. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga dan staf Unisel.
  4. Memantapkan lagi sahsiah Mahasiswa Unisel yang berteraskan ilmu bagi mempertingkatkan jati diri yang jitu dalam aspek kecemerlangan akademik dan sahsiah yang mulia.
  5. Melahirkan insan yang bersepadu dari segi rohani dan jasmani untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Saturday, January 3, 2015

Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1436

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ





Ya Allah..

Saturday, February 1, 2014

Solat Jamak & Solat Qasar

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar.

i.Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)


2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdimi.

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khiri.

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdimi.

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Jama' Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khiri.

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)



Wednesday, July 10, 2013

RAMADHAN AL-MUBARAK - Maksud Berpuasa, Niat, Sahur & Berbuka.

       

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


 Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan salam ramadhan kepada semua muslimin & muslimat, keluarga, kawan dan sesiapa sahaja yang mengenali keluarga En.Teddy (My Grandpa). Semoga Ramadhan kali ini disambut dgn penuh keinsafan dan jangan lupa tingkatkan ibadat kita di bulan yg mulia ini.. Semoga segala doa dan ibadat kita diterima Allah S.W.T.. 
                                                                                                                     Amin..




Pengertian PUASA :

Menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut : 

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa"

Hadis daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda;
Islam itu dibina atas lima perkara,
bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah,
mendirikan sembahyang, membayar zakat,
menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan
(Riwayat Bukhari dan Muslim)