Friday, January 1, 2016

FRIDAY New Year for NewlyWed

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ





Wednesday, December 30, 2015

Solat Sunat Dhuha


   
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
 
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
.
.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
.

Monday, November 23, 2015

Migration water for individual



http://www.syabas.com.my/page/permohonan-bekalan-air-baru-secara-pukal-oleh-pemaju

Friday, November 13, 2015

Ayam Goreng Kunyit Ala Thai

Resepi Ayam Goreng Kunyit Ala Thai


Bahan-bahan:

300 gm isi ayam - bahagian dada
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh sos ikan
1 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh garam

4 batang kacang panjang
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji lada merah

1 cawan minyak masak
1/2 batang lobak merah

Cara menyediakan Ayam Goreng Kunyit Ala Thai


1. Isi ayam dipotong dadu

2. Perap isi ayam bersama sos ikan, garam, serbuk kunyit dan tepung jagung.

3. Potong kacang panjang sepanjang 1 inci, lobak merak pun dipotong ikut saiz kacang panjang. Bawang besar dihiris tebal-tebal. Lada merah dihiris memanjang dan tebal.

4. Panaskan 1 cawan minyak. Ketuk bawang putih dan tumis sebentar saja.

5. Masukkan ayam yang telah diperap. Kacau dan goreng dalam api yang besar selama 10 - 15 saat, sehingga ayam garing.

6. Kecilkan api, masukkan bawang besar, lada merah, lobak merah dan kacang panjang. Kacau gaul seketika.

7. Toskan minyak pada ayam goreng kunyit tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Rahsia Ayam Goreng Kunyit Ala Thai Lebih Lembut Dan Berjus Di Dalam


1) Goreng ayam menggunakan api yang besar, lebih elok guna dapur bertekanan tinggi (macam kat restoran). 
   
2) Ayam goreng kunyit yang terhasil lebih garing, lembut dan berjus di dalamnya.

3) Jika sukakan sayuran segar, tumis kacang dan lobak merah seketika sahaja. Sayuran lebih rangup dan sedap serta berperisa asli.

Semoga resepi ayam goreng kunyit ala thai yang saya kongsikan di atas dapat menjadi panduan kepada peminat masakan berasaskan ayam. Sebenarnya memasak bukanlah kerja mudah namun tidaklah pula susah sangat. Yang penting kita kena lebih kreatif dan ikhlas dalam menyediakan hidangan tersebut...

Sebarkan info, jika ia bermanfaat.

Monday, November 9, 2015

Officially WIFE to MR. MOHD SHASID

 Bismillah Hirahman Hirahim...

Alhamdulillah I'm officially wife to him MOHD SHASID BIN HJ MOHAMAD


Tuesday, October 20, 2015

Ujian Saringan HIV

Assalamualaikum WBT..

Alhamdulillah ..baru lepas dari dari buat ujian saringan HIV.. di https://ms-my.facebook.com/pages/Klinik-Kesihatan-Taman-Medan/484819018266874

sangat cepat!! doctor ckp 15minute but tak sampai pun we got the result already..

it 11.30 so selesai Shasid send me to ofice. i need to masuk office juga ..( He taking leave today untuk settle semua urusan untuk permohonan kahwin bg lelaki. so saya tinggal dia dengan khai untuk mencari pesuruh jaya sumpah d kl.
masuk office jak trus i google pesuruhjaya sumpah.. rupanya ada dekat taipan.. Alhamdulillah..tak payah pergi jauh-jauh kn....


Waiting Call from him.. what next

Monday, October 19, 2015

20 Days Left

بسم الله الرحمن الرحيم




Hati semakin berdebar, fikiran samakin serabut.. sampaikan i dont know what to do